Switzerland sejuk mata memandang

Pada bulan Mac 2010 saya dan keluarga menjejakkan kaki ke negara puncak benua Eropah iaitu Switzerland. Negara ini terkenal dengan muka bumi tanah tinggi dan sebelum ini saya beranggapan negara ini sepenuhnya di atas pergunungan tetapi sebenarnya tidak.

Terdapat banyak dataran tanah rata dan ianya sama dengan negara Eropah jirannya seperti France ataupun Germany. Kami tiba di Zurich menaiki keretapi laju TGV selama 4 jam dari Paris yang kami tempah melalui web berbahasa France. Seterusnya sebaik tiba kami menaiki keretapi lain ke Zurich International Airport untuk mengambil kereta sewa pandu sendiri yang telah kami tempah di sini.

Kami dibekalkan dengan kereta Nissan Note automatik yang mana model tersebut tidak terdapat di Malaysia. Yang paling mencabar ialah pemanduan di sebelah kiri dan laluan di jalanraya juga di sebelah kanan. Ini adalah kali pertama saya memandu kereta yang mempunyai setering di sebelah kiri.

Sebaik keluar dari Zurich Airport saya memandu menuju ke Luzern 60 km ke arah selatan Zurich iaitu bandar dimana terletak hotel penginapan kami. Jalanraya di Switzerland amat berkualiti tidak ada lubang atau jalan yang tidak rata. Kereta Nissan pun terasa selesa lebih dari kereta kami di tanahair.

Memandangkan Switzerland tidak mengunakan matawang Euro, maka kami telah siap sedia menukarkan matawang Swiss Franc di tanahair lagi. Perjalanan kali ini memerlukan kami mempunyai tiga jenis matawang termasuk Pound Sterling dan Euro.

Semasa di Switzerland kami sempat melawat bandar Engelberg yang mana mempunyai puncak yang boleh dilawati menaiki kereta kabel iaitu Mount Titlis setinggi 10,000 kaki. Di sini kami boleh melihat dan bermain dengan salji yang amat halus seperti kapas.

Selain itu juga kami melawat bandar Interlaken, Bern, Zurich dan Luzern. Kami berlepas pulang dari Switzerland menaiki penerbangan Easyjet ke London Gatwick.

Suatu kampung bernama …. dalam perjalanan dari Luzern ke Interlaken.

Masih di kampung Lungern di tepi tasik yang indah. Sejuk jangan cakaplah..

Permandangan di bandar Engelberg yang mana semua puncak gunung dipenuhi salji.

Separuh jalan menaiki kereta kabel ke puncak Mount Titlis anda akan menemui salji sebegini.

Berada di puncak Mount Titlis setinggi 3000 meter dipenuhi salji seputih kapas yang amat menyilaukan mata memandang. Puncak Titlis mempunyai salji sepanjang tahun walaupun musim panas tetapi hanya sesuai untuk bermain ski pada musim sejuk sahaja.

Pintu masuk ke bandar Engelberg. Bandar ini terkenal sebagai tempat bermain ski pada musim sejuk.

Stesen keretapi utama Zurich sentiasa di penuhi pelancong dan penumpang.

Inilah keretapi laju TGV yang kami naik dari Paris. Walaupun laju perjalanan cukup selesa. Kami akan datang lagi ke Switzerland.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

London UK sesiapa pun mahu pergi..

Pada bulan Mac 2009, saya berpeluang melawat London United Kingdom untuk kali pertama. Saya menaiki penerbangan terus Air Asia X dari KLIA ke London Stansted yang mengambil masa 14 jam. London pada bulan Mac masih saya anggap sebagai musim sejuk (sebenarnya musim spring) kerana kesejukannya yang melampau suhu diantara 1 – 10% celcius sahaja.

London menjadi idaman untuk dilawati semua rakyat Malaysia kerana faktor sejarah di masa lalu iaitu Malaysia dibawah jajahan British. Sementara itu puluhan ribu rakyat Malaysia menetap di London samada sebagai pelajar, berkerja ataupun menjadi penduduk tetap disini. Tidak hairan banyak restoran makanan Malaysia di London dan kelibat orang Malayu akan ditemui dimana sahaja. Seperti biasa perjalanan saya ke luar negeri tidak mengikuti agensi perlancongan dan bebas pergi ke mana sahaja. Di London saya lebih gemar menaiki pengangkutan awam tube.

Taman Greenwich Park menuju bukit tempat dimana garis lintang bumi adalah kosong.


Di depan Bulkingham palace salah satu tempat yang mesti dilawati ketika di London

Berada di jalan utama menuju ke Oxford Street.

Bersiar-siar di kaki lima London

Berada di Dover sebelum menaiki feri ke Calais France

Tengah malam di Stansted Airport

Bergambar berlatar belakang Tower Bridge adalah satu kemestian apabila melawat London.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

New Zealand Terbaik

Pada bulan Jun 2011 saya berpeluang melawat South Island New Zealand. Peluang ini terbuka kerana mendapat tiket tambang murah Air Asia x yang baru melancarkan penerbangan dari KL LCCT ke Christchurch bermula pada bulan April 2011. Apa tidaknya jika menaiki penerbangan biasa saya terpaksa membayar tiket RM4000 seorang sedangkan dengan Airasia x saya hanya membayar RM1000 + seorang untuk pergi balik. Cukup murah.

New Zealand menjadi destinasi impian saya sejak sekian lama. Pelancaran penerbangan Airasia x amat saya nantikan. Untuk makluman tiket penerbangan telah saya beli pada bulan Disember 2010 lagi iaitu 7 bulan sebelum tarikh penerbangan.

Penebangan lebih 12 jam dari KL ke Christchurch amat memenatkan. Walau bagaimana ianya tidaklah sepenat penerbangan 14 jam terus menerus saya ke London pada tahun 2009.

Dunedin city. Destinasi pilihan membeli belah kerana Christchurch masih belum pulih dari runtuhan gempa bumi pada bulan Februari 2001 lalu.

Berada di depan lokasi pengambilan dan hantar balik motorhome yang saya sewa. lokasinya dekat dengan Christchurch Airport.

Bandar Oamaru ditempuh apabila hendak ke Dunedin dari Christchurch.

Moeraki ialah batu berbentuk bulat semulajadi di tepi pantai.

Coronet Peak ini sepatutnya dipenuhi salji dari bulan Jun hingga Oktober. Tapi tahun ini cuaca pelik sedikit salji lambat turun walaupun sekarang bulan Jun. Ianya adalah tempat pilihan bermain ski di Queenstown. Paling hampir dengan bandar Queenstown.

Dalam perjalanan dari Queenstown ke Coronet Peak. Sejuk.

Terowong Hommer Tunnel yang menghubungkan Milford Sound dengan Te Anau.

Permandangan Tasik Wakatipu dari Wye Creek dalam perjalanan dari Queenstown ke Te Anau.

Pemandangan di Knobs Flat dalam perjalanan dari Te Anau ke Milford Sound yang mana tidak ada pokok besar cuma rumput yang tumbuh.

Masih di Knobs Flat berlatarbelakang Earl Mountains.

A ah..dekat sepertimana tertulis tulah.

Di depan holiday park di Te Anau. Sebelah tulah motorhome yang kami sewa tu.

Skyline Queenstown dimana ada kereta kabel yang membawa anda ke tengah bukit untuk menikmati permandangan Queenstown dari atas.

Dalam perjalanan dari Christchurch ke Queenstown.

Sepertimana tertulis. sendiri mau baca la..

Keluar dari pergunungan Cooks.

Keadaan jalan antara ..

Terbaik dari New Zealand.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Kali Pertama Melihat Negara Orang – Perth Australia

Bumi Allah ini luas dan nikmatilah ianya sekiranya kita mampu. Idea untuk melancong ke luar negara timbul apabila saya merasa bosan dengan rutin kehidupan seharian iaitu kerja kerja kerja. Sampai bila rutin ini akan berakhir. Adakah hidup kita hanya untuk berkerja. Ianya bermula pada bulan Mac 2005 apabila saya buat pertama kalinya menjejakkan kaki di bumi asing. Walaupun Malaysia mempunyai sempadan dengan Thai, Indonesia ataupun Singapore tapi saya tidak pernah menjejakkan kaki di negara jiran ini.

Destinasi pilihan kami yang pertama kali ini ialah Perth Australia. Yang penting trip ini tidak mengunakan agensi perlancongan dan bukan mengikut pakej secara berkumpulan. Memang sifat saya tidak suka melancong melalui agensi perlancongan kerana bagi saya tiada kebebasan dimana kita akan dibawa ketempat-tempat yang belum tentu kita suka. Tambahan pula kita akan terikat dengan tempoh masa berada di sesuatu tempat. Akan wujud dimana masa tidak cukup ditempat yang kita suka dan akan terpaksa menghabiskan masa menunggu yang lain di lokasi yang kita tidak suka. itu saja.

Persiapan untuk dibuat dalam tempoh dua minggu sebelum tarikh bercuti tersebut. Saya membeli tiket melalui agensi perlancongan dimana mereka memohon visa terus secara online. Tiket termurah ialah dengan menaiki Singapore Airlines. Ini bermakna kami terpaksa transit di Changi Airport sebelum ke Perth. Memandangkan ini adalah perjalanan pertama saya maka perancangan teliti perlu dilakukan. Kajian mendalam melalui internet tentang sesuatu tempat perlu dibuat. Tempahan kereta sewa pandu sendiri dibuat melalui Hertz dan kereta akan diambil di Airport.

Kami terbang melalui KLIA ke Changi dan Changi ke Perth. Setibanya di Perth kami mengambil kereta sewa Nissan Sentra auto dan tinggal di Perth selama 7 hari. Semasa di Perth kami sempat melawat Freemantle, Albany dan seluruh Perth City.

Pengalaman pertama berada di bumi asing melancong secara free n easy tanpa mengikuti sebarang pakej perlancongan membawa kami ke serata dunia

Posted in Uncategorized | Tagged | Leave a comment